PIAM - Tuntutan insurans perlindungan banjir kenderaan akan diproses segera

oleh SALINA JALIL|
Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) memberi jaminan kepada mangsa banjir yang memiliki perlindungan banjir bahawa ahli-ahlinya bersedia untuk mempercepatkan proses tuntutan dan bayaran kerugian yang disebabkan oleh bencana berkenaan.



"Syarikat ahli PIAM akan memproses semua tuntutan banjir dengan syarat banjir adalah bencana yang dilindungi, tanpa mengambil kira sama darurat diisytiharkan atau tidak," katanya dalam satu kenyataan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Persatuan itu berkata syarikat ahlinya komited untuk mempercepat penyelesaian tuntutan banjir dengan menghubungi pihak yang menuntut dan bersedia untuk mengetepikan borang tuntutan dan dokumen sokongan bagi memastikan tempoh pemprosesan yang lebih singkat.

 

 

"Syarikat insurans juga bersedia untuk menawarkan pengecualian bukti polisi pengembalian semula, membolehkan penggunaan purata bagi polisi yang kurang diinsuranskan dan memberikan pengecualian bagi lebihan yang dikenakan bagi polisi melindungi daripada kerugian kewangan," katanya.

 

 

Bagaimanapun, PIAM menasihatkan pemegang polisi untuk memeriksa dengan syarikat insurans masing-masing mengenai langkah-langkah bantuan atau pengecualian yang diambil syarikat berkenaan kerana ia berbeza daripada satu syarikat dengan syarikat yang lain.

 

 

Meskipun polisi kebakaran dan motor standard tidak memasukkan perlindungan terhadap kerugian yang disebabkan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan taufan, PIAM berkata perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan berkaitan banjir adalah pilihan dan boleh dibeli sebagai lanjutan kepada polisi standard ini.

 

 

"Semua pemegang polisi, perniagaan dan juga individu, yang berada di kawasan dilanda banjir dinasihatkan untuk memeriksa polisi kebakaran dan motor mereka untuk menentukan sama ada mereka dilindungi terhadap kerugian atau kerosakan akibat banjir," katanya lagi,

 

Berita Berkenaan

Informasi
  "Kerugian akibat banjir, sila rujuk senarai semak untuk memastikan syarikat insurans anda boleh…
Berita Domestik
Sebelum ini, MyCC mendakwa PIAM dan 22 syarikat insurans am lain telah melanggar Seksyen 4 Akta…
Berita Domestik
Bagaimanapun tuntutan berkenaan hanya boleh dibuat ke atas kenderaan persendirian yang diiringi…