PICKnGO bolehkan pemandu teksi tawar khidmat penghantaran barang

oleh Mohamad Hanif|
Salah sebuah penyedia perkhidmatan seru-pandu menggunakan teksi, PICKnGO kini membenarkan para pemandu teksi untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran barang untuk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada ketika ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Menurut Valerie Chan, Pengarah Eksekutif PICK N GO Sdn Bhd berkata, "para pemandu teksi telah diberikan bantuan one-off (RM600) untuk tempoh jangka masa pendek, namun melihatkan kepada tempoh PKP yang dilanjutkan sehingga 28 April ini, tidak ramai yang mampu bertahan disebabkan permintaan yang semakin berkurangan.

Menerusi aplikasi PICKnGO yang telah dilancarkan pada tahun 2017, aplikasi e-hailing ini membenarkan para pengguna serta pemilik perniagaan untuk menghantar barangan dan mengambil barangan runcit tanpa perlu keluar dari rumah.

Pengenalan ciri ini sekaligus membantu para pemandu teksi yang terjejas akibat PKP supaya mampu meraih pendapatan menerusi perkhidmatan penghantaran barangan.

Prihatin terhadap kesejahteraan bersama, PICKnGO juga turut menarihatkan para pemandu supaya sentiasa memakai topeng muka dan memiliki cecair sanitasi di dalam kenderaan sepanjang masa.

 


Sistem pembayaran nirtunai pula memudahkan segala urusan serta mengurangkan kadar sentuhan fizikal antara pengguna dan juga pemandu teksi.

Dalam masa yang sama, Chan juga turut menyeru para pemandu teksi supaya tidak mudah berputus asa ketika keadaan yang genting ini, dan berharap masyarakat supaya mampu menyokong dan memberikan peluang kepada para pemandu teksi dengan menggunakan khidmat penghantaran barangan PICKnGo ini.

Untuk jangka masa terdekat, PICKnGO juga merancangn untuk berkolaborasi bersama pemain industri yang lain untuk menawarkan khidmat penghantaran makanan serta kurier.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi kerjasama dengan MUDAcare, PICKnGo kini memperkenalkan program sanitasi kenderaan yang…