PICKnGo guna khidmat MUDAcare untuk program sanitasi teksi, tanpa peningkatan kos tambang

oleh Mohamad Hanif|
Ditengah-tengah wabak COVID-19 yang masih lagi belum reda, syarikat penyedia perkhidmatan seru pandu PICKnGO menjamin tahap kebersihan setiap kenderaan di bawah seliaannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi kerjasama dengan MUDAcare, PICKnGo kini memperkenalkan program sanitasi kenderaan yang komprehensif yang menjanjikan tahap pembersihan kenderaan yang berkualiti tinggi tanpa perlu mengorbankan tambang yang berpatutan.

Dengan bantuan tenaga pekerja yang terlatih, MUDAcare menawarkan semburan MUDAcare - solusi berskala nano berasaskan titanium dioksida (N-TiO2) yang direka untuk membunuh visus, dan bakteria - dengan menggunakan semburan elektrostatik.

 


Solusi N-TiO2 ini bukan sekadar membunuh kuman, ia juga tidak bersifat toksik dan diperakui oleh Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat dan memenuhi standard EU bagi perlindungan terhadap kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.

Menurut Valerie Chan, Pengarah Eksekutif PICKnGo berkata, "pemandu teksi mungkin tidak mempunyai masa untuk mensanitasi kenderaan mereka selepas setiap kali membawa pelanggan, jadi dengan solusi N-TiO2 ia menawarkan perlindungan untuk tempoh masa yang lama.

"Semburan ini juga lebih mampan dari segi kewangan berbanding melakukannya setiap hari atau setiap bulan.

Adrian Lau, naib presiden kanan MUDAcare menambah, "program sanitasi ini sesuai digunakan untuk kawasan umum, terutama sistem pengangkutan awam di mana ia menawarkan perlindungan yang lebih baik terhadap pelanggan.

 


"Jadi, jika pelanggan melihat pelekat kami pada mana-mana teksi PICKnGo, usah risau kerana kenderaan tersebut telah disanitasi dengan baik. Apa yang mereka perlu lakukan hanyalah memakai pelitup muka.

Untuk menggalakkan lagi pemandu teksi untuk terus kekal dengan program pembasmian kuman pada kenderaan mereka, pihak PICKnGo akan menanggung sebahagian daripada kos tersebut.

Setakat ini, PICKnGO dan MUDAcare telah pun selesai menjalankan program sanitasi untuk 100 unit teksi pertama dan akan melibatkan unit teksi lain mengikut kumpulan.

MUDAcare juga turut menggalakkan orang ramai untuk mencuba sendiri program pembasmian kuman di pusat PICKnGO Shah Alam, dengan menghubungi 016-336 1636 untuk tempahan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Valerie Chan, Pengarah Eksekutif PICK N GO Sdn Bhd berkata, "para pemandu teksi telah…