Pihak berkuasa berhak larang daftar kereta yang telah diubahsuai tanpa kebenaran

oleh Mohamad Hanif|
Berita buruk kepada pemilik kenderaan yang telah menjalankan proses modifikasi terhadap kereta mereka yang menyerupai kereta berjenama import.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana kerajaan New Delhi telah memutuskan bahawa pihak berkuasa berhak menghalang pendaftaran mana-mana kenderaan yang telah diubahsuai tanpa kebenaran. 

Malah, dalam satu kes penghakiman, Hakim Mahkamah Agung Arun Mishra dan Vineet Saran telah membatalkan keputusan mahkamah tinggi Kerala dan menegaskan bahawa kenderaan yang berdaftar perlulah memenuhi spesifikasi asal yang telah ditetapkan oleh pengeluar mengikut Seksyen 51 (1) Akta Kenderaan Motor. 

Di bawah Akta tersebut, pendaftaran masih boleh diteruskan bagi kenderaan yang melakukan modifikasi yang dibenarkan atau minor seperti menukar warna cat kereta. 

Namun pihak berkuasa berhak untuk menolak atau membatalkan pendaftaran mana-mana kenderaan yang telah menjalankan modifikasi melibatkan perubahan struktur kenderaan, casis dan sebagainya.
 

salah satu contoh kenderaan yang disita kerana ubahsuai melibatkan perubahan struktur kenderaan (terang dan nyata!)


Dalam kes pemilik yang mahu menukar enjin, mereka perlulah memohon kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu atau bakal menghadapi risiko pendaftaran kenderaan dibatalkan serta-merta. 

Walaubagaimanapun, hal ini tidak tertakluk kepada modifikasi secara retro-fit seperti pemasangan kit gas asli termampat (CNG) memandangkan ia tidak dikira sebagai perubahan struktur asal kenderaan. 

Agaknya kalau undang-undang ini dilaksanakan di Malaysia, entah berapa ramai pula pemilik yang menggelupur.

Sumber: Times of India

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…
Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Selain daripada itu, Toyota turut mempamerkan konsep ubahsuai bagi dua model pentingnya, iaitu GR…