Pindaan Akta: Hukuman basikal lajak, ibubapa atau penjaga akan didenda RM1,000 hingga RM5,000!

oleh SALINA JALIL|
Ibu bapa atau penjaga remaja berusia 18 tahun ke bawah berdepan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara maksimum setahun, jika anak mereka disabit kesalahan menunggang basikal lajak sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.


Hukuman sama turut diperuntukkan kepada ibu bapa atau penjaga jika anak mereka disabit kesalahan penggunaan kenderaan mikromobiliti lain menerusi pindaan terhadap Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata ia termasuk dalam Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang dibaca kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

 

"Dulu denda RM300 sahaja, ...orang tak takut, sekarang kita pinda dan perketatkan sebagai pengajaran kepada semua pihak termasuk penunggang basikal lajak yang termasuk sebagai pengguna kenderaan mikromobiliti bersama basikal elektrik.

 

"Jika pesalahnya di bawah usia 18 tahun, maka ibu bapa dan penjaga boleh dihukum," katanya pada sidang media selepas taklimat mengenai RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 di sini, hari ini.

 

Ka Siong berkata, hukuman ke atas ibu bapa atau penjaga itu bertujuan memastikan mereka menjaga tingkah laku anak masing-masing, bukannya membiarkan terbabit kegiatan berisiko.

 

"Kerajaan juga serius memastikan jalan raya selamat buat rakyat dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana kegiatan boleh mengundang kecelakaan," katanya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk P. Ravinthran bersama-sama Datuk Lee Heng…
Berita Domestik
  "Pertama, saya menghormati sistem kehakiman. Biar sistem kehakiman berjalan. Jadi tak elok…
Informasi
  Menurut Public Health Malaysia, basikal yang telah melalui pelbagai modifikasi itu sangat bahaya…