Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Autocar, Pininfarina bakal menggunakan platform asas papan seluncur daripada trak pikap Rivian R1T yang pernah kami paparkan sebelum ini.
Berdasarkan maklumat semasa, kesemua produk Rivian menggunakan sistem pacuan elektrik berkuasa 754 bhp dan daya kilas maksimum 1,120 Nm.
Pininfarina bakal menggunakan asas tersebut dan menambah sistem pengecasan 800v yang lebih pantas dan pek bateri berkapasiti 135 kW yang lebih besar berbanding spesifikasi asal PF0.