Perlumbaan itu akan berlangsung di Litar Speedway Karting USJ Subang Jaya yang menggunakan format LeMans 24 jam yang popular di Perancis, namun ia dihadkan kepada 6 jam sahaja.
Ia bakal menampilkan 13 kumpulan yang terdiri daripada enam orang pemandu bagi setiap kumpulan.
Antaranya adalah Hustlers Karting FSA Racing Team, Sidewinder Racing, WRMC, Hot Rocket, Race Rally KL, Broztech, Redpact Axle Racing, Nuclear Racing Team dan Motorsport Nation.
Setiap pasukan akan menggunakan jentera gokart berjenama Sodi yang menggunakan enjin empat lejang bersesaran 270 cc.
Perlumbaan yang diselia oleh Motorsports Association of Malaysia (MAM) ini akan disiarkan secara langsung di platform Facebook Pinnacle Kart.