Pioneer - jenama audio sejak tahun 1937!

oleh HEZERI SAMSURI|
Jenama audio Pioneer memang sudah menjadi antara jenama lazim di Malaysia dan ia terkenal kerana kualiti dan teknologi pada harga mampu milik.

Paionia Kabushiki-kaisha atau Pioneer Corporation mempunyai ibu pejabat yang terletak di Bunkyo, Tokyo dan syarikat itu sudah pun berusia 81 tahun.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Bermula pada Januari 1938, Nozomu Matsumoto, pengasas Pioneer membuka sebuah kedai membaiki radio dan speaker yang pada mulanya diberi nama Fukuin Shokai Denki Seisakusho. 

Produk pertama Matusmoto sebenarnya dihasilkan setahun lebih awal dari itu, iaitu dalam tahun 1937. Pembesar suara atau speaker dinamik A-8 itu ialah speaker "fidelity dynamic" pertama dari Jepun.

 

 

Dalam tahun 1947, namanya ditukar kepada Fukuin Denki Kabushiki Kaisha dan dalam tahun 1953, ia memperkenalkan speaker Hi-Fi PE-8.

Nama Pioneer Electronic Corporation muncul pada bulan Jun, 1961 dan pada tahun yang sama, ia terus disenaraikan di Bursa Saham Seksyen Kedua Tokyo.

Pioneer terus mengorak langkah dalam bidang teknologi audio. Antara yang anda tak akan sangka ialah Pioneer menghasilkan sistem stereo berasingan (seperate stereo system) yang pertama di dunia dalam tahun 1962 (gambar di bawah). 

Ini ialah kali pertama dunia melihat sistem audio dengan speaker yang berasingan (seperti mini compo).

 

 

Ada banyak lagi produk-produk pertama di dunia yang dihasilkan oleh Pioneer tetapi kami senaraikan di sini fakta-fakta penting berkaitan produk automotif Pioneer untuk dikongsi bersama.

 

  • Dalam tahun 1968, Pioneer menghasilkan speaker berkotak TS10 dan TS20 untuk kereta.
  • Sistem headunit kereta pertama Pioneer ialah model TP-F84 dengan penala radio FM stereo dan dilancarkan dalam tahun 1969.
  • Mazda (pada masa itu, ia dikenali sebagai Toyo Kogyo) menggunakan headunit Pioneer TP-40 4-channel stereo sebagai alatan audio opsyenal.
  • Honda menjadikan Pioneer sebagai sistem audio standard untuk Civic dalam tahun 1974.

 

 

  • Tahun 1975, Pioneer menghasilkan sistem komponen audio kereta yang pertama di dunia - ia adalah sebuah sistem lengkap dari headunit KP-55G, speaker co-axial GM-30 dan amplifier GM-10 (gambar atas).
  • Dalam tahun 1975 juga, Rolls Royce menjadikan Pioneer QP-444ER sebagai sistem audio standard di dalam model Rolls Royce Camargue.
  • Pioneer menghasilkan sistem audio GX-7 yang boleh menala saluran radio FM dan juga stesen TV (Julai 1976).
  • Tahun 1978, Mercedes-Benz pula menjadikan Pioneer sebagai alatan audio standard mereka bagi model-model 203, 230, 250 dan 280S yang dipasang di Singapura.
  • Untuk mereka yang masih ingat sistem talaan bunyi audio Graphic Equalizer, model Pioneer CD-5 diperkenalkan dalam tahun 1979.

 

 

  • Speaker cross-axial flush mounted pertama dunia dihasilkan oleh Pioneer dalam tahun 1980 dengan model TS-1600 (gambar atas).
  • Pemain CD pertama dunia untuk kenderaan, CDX-1 (gambar di bawah) dan CDX-E1 dilancarkan oleh Pioneer dalam bulan Oktober 1984. Sebelum itu, prototaip pertama dipamerkan di pameran CES Chicago dalam bulan Jun.

 

CDX1

 

  • Dalam bulan Mei 1986, jenama Carrozzeria dilancarkan untuk pasaran Jepun.
  • Dalam tahun 1986 juga, BMW menjadikan Pioneer sebagai alatan audio opsyenel untuk produk mereka di Eropah dan US.
  • 1987, Pioneer melancarkan model KEX-M700, pemain audio kaset bersaiz DIN yang pertama di dunia yang boleh mengawal pemain multi-CD (CD changer).

 

 

Ingat GPS?  Pioneer menjadi jenama pertama yang memperkenalkan sistem GPS untuk kereta dengan model AVIC-1 mereka dalam tahun 1990.

Dalam tahun 1992, Pioneer menjadi yang pertama di dunia dengan sistem AVIC-G10 sistem navigasi GPS kereta yang boleh dikemaskini menggunakan CD-ROM.

Penggunaan skrin OLED pertama untuk audio kenderaan dimulakan oleh Pioneer dalam tahun 1997.

Honda Motor Company Limited menjadi salah seorang pemegang saham Pioneer (4 peratus) pada tahun 2010.

 

 

  • Pioneer juga menjadi syarikat audio kenderaan pertama di dunia yang menggunakan sistem Head-Up Display dengan model AVIC-VH99HUD (gambar atas) dan AVIC-ZH99HUD HDD dalam tahun 2012.
  • Pioneer pernah mempunyai kilang di Muar, Johor yang menghasilkan alatan-alatan bukan untuk sistem audio kereta, tetapi ia telah dijual pada tahun 2018 kepada VTech Communications Limited, sebuah syarikat dari Hong Kong yang membuat peralatan permainan pendidikan elektronik dan juga pembuat telefon tanpa wayar terbesar di dunia.

 

 

Pioneer bakal mengadakan promosi Hari Raya dan untuk anda yang mahu menaik-taraf sistem audio kenderaan anda, nantikan pengumuman dari Careta kelak berkaitan promosi itu!

Untuk megetahui antara model terbaharu Pioneer, baca artikel di bawah.

https://careta.my/article/pioneer-sph-10bt-ubah-peranti-pintar-anda-jadi-sistem-infotainmen-kereta

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dengan adanya peranti pintar, sudah tentu kita sebagai pemilik akan menyumbatkan segala macam lagu-…