Pioneer Malaysia beri amaran wujud produk tiruan

oleh Firdaus Razani|
Pioneer Electronics Asiacentre Pte Ltd dan Pioneer Corporation bertegas dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang produk Pioneer tiruan yang diedarkan di pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tindakan tegas akan diambil dengan kadar segera terhadap mana-mana kedai runcit yang didapati terlibat dalam pengedaran barangan tiruan Pioneer.

Pihak atasan juga akan segera memulakan tindakan lanjut sebagai respons kepada aduan pengguna mengenai produk tiruan Pioneer.

Perkara ini berlaku oleh kerana baru-baru ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Sarawak telah berjaya merampas 902 unit produk tiruan Pioneer semasa serbuan ke atas sebuah perniagaan di Kuching.

Menurut laporan Sinar Harian “Aksesori elektronik kenderaan tiruan bernilai RM442,977 telah dirampas semasa serbuan di sebuah gudang di Taman Perindustrian Demak Laut pada 26 Mac 2024."

Operasi tersebut dijalankan bersama-sama dengan Pioneer Electronics Asiacentre Pte Ltd (Singapura) dan Pioneer Corporation (Jepun).

Barangan yang dirampas telah dikenal pasti sebagai produk tiruan oleh wakil Pioneer Electronics Asiacentre Pte Ltd.

Antara senarai produk tiruan yang ditemui adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

 

pioneer

Sebagai pengedar rasmi produk Pioneer di Malaysia, YUPITERU TECHNOLOGY (M) SD BHD, bersama dengan Pioneer Electronics Asiacentre Pte Ltd ingin menielaskan bahawa pihak mereka tidak tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan pengguna.

 

 

SUMBER : FB Pioneer Malaysia