Pirelli Cinturato P7 mampu berubah karakteristik bergantung kondisi pemanduan, cuaca

oleh Mohamad Hanif|
Tayar, tidak kira berapa jumlah dan kelebaran, serta berapa darjah kekangkangannya, ia berfungsi sebagai 'penghubung' di antara pemandu dan juga jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selari dengan kemajuan teknologi, tayar kini bukanlah dilihat sebagai getah bulat yang membenarkan pergerakan kenderaan di atas jalan raya, akan tetapi menawarkan fungsi-fungsi tambahan bagi menjadikan pemanduan yang lebih menyeronokkan, dan selamat.

Seperti contoh, Pirelli baharu sahaja melancarkan generasi baharu tayar musim panas Cinturato P7 bagi meneruskan reputasi yang diraih oleh generasi terdahulu sebagai tayar terbaik untuk keadaan jalan basah dan kering.

 


Namun, generasi baharu tayar Pirelli Cinturato P7 telah menambah sebuah lagi ciri menarik, iaitu keupayaan untuk beradaptasi dengan perubahan suhu dan kondisi pemanduan.

Seperti tayar perlumbaan, perubahan suhu serta keadaan jalan turut mempengaruhi kadar prestasi tayar kegunaan harian, terutama ketika berada di zon cuaca yang tidak menentu.

Untuk mengatasi masalah tersebut, Pirelli telah memperkenalkan teknologi baharu di mana rekaan benang Cinturato P7 kini diperkaya dengan resin silikon spesifik untuk meningkatkan kadar cengkaman, selain meningkatkan lagi fungsi polimer pada tayar.

 


Polimer tayar yang elastik itu sebenarnya telah dimodifikasikan secara kimia untuk berinteraksi dengan silikon selain sensitif terhadap perubahan suhu.

Jadi, penggunaan kompaun baharu ini memberikan manfaat di mana karakteristik tayar boleh berubah bergantung kepada keadaan pemanduan suhu, sekaligus memberikan pemandu lebih keyakinan untuk menempuh apa jua keadaan.

Penggunaan bahan baharu ini juga turut memberikan kesan dalam meminimumkan kadar kelusuhan, dan membolehkan tayar bertahan lebih lama.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dengan adanya Cinturato Rosso, ia bertindak sebagai pelengkap kepada penawaran tayar-tayar Pirelli…
Sukan Bermotor
Pirelli bukan sahaja bertindak sebagai pembekal, malah organisasi itu turut bertanggungjawab…
Berita Domestik
Untuk yang tinggal di Lembah Kelang, jangan risau kerana Careta ada satu cadangan untuk kedai tayar…