Nissan Design America bekerjasama dengan pakar sushi Chef Hiroyuki "Chef Hiro" Terada dan pembuat pisau legenda Kiryu untuk menghasilkan Pisau Sushi Z NISMO Precision.
Seperti Nissan Z NISMO yang direka untuk prestasi maksimum, pisau ini juga dicipta dengan ketepatan yang sama.
Dihasilkan oleh Kiryu, pembuat pisau terkenal dari Niigata, Jepun, pisau ini mempunyai bilah 210 milimeter (mm) dengan potongan dua sisi.
Ia direka khusus untuk menghasilkan hirisan yang kemas dan tepat.
Syarikat diasaskan oleh datuk beliau pada tahun 1927 dan selama hampir lima dekad meneruskan legasi kecemerlangan yang dibangunkan oleh keluarganya.
Pisau gaya kiritsuke ini dipotong menggunakan teknologi laser dengan ketelitian tinggi.
Selepas dipotong, pisau menjalani proses penyejukan, penempaan, pengasahan dan penggilapan.
Kemasan kuro zome (celupan hitam) kemudiannya dikenakan lapisan oksida pada keluli tahan karat.
Akhir sekali, pemegang dipasang dan pisau diasah hingga mencapai kesempurnaan.
Nissan memilih Kiryu bukan sahaja kerana kemahirannya yang luar biasa, tetapi juga kerana kecintaannya terhadap Nissan Z.
Pisau ini bukan sekadar tajam, tetapi juga direka dengan elemen estetik yang menyerupai Z NISMO.
Rekaan pisau ini mencerminkan estetika Nissan Z NISMO yang jelas dan tiada tandingan.
Garisan tajam pisau mengingatkan kepada siluet ikonik Nissan Z dan menyerupai elemen bumbung perak yang diinspirasikan pedang katana dan menyerlahkan sisi kereta.
Penyambung merah pada pemegang tanduk kerbau melambangkan ciri merah yang eksklusif pada badan kereta Z NISMO.
Kiryu menyatakan bahawa dia sentiasa memikirkan pandangan sisi Z semasa mereka bentuk pisau ini. Tepi atas pisau direka untuk nampak tajam dan tanpa lebihan logam.
Tidak ramai yang memahami kepentingan pisau sushi berkualiti tinggi seperti Chef Hiro yang juga peminat setia Nissan.
Dengan lebih dua juta pengikut di YouTube, chef yang berpangkalan di Miami ini terkenal dengan ciptaan sushi yang inovatif.
Pisau ini hanya dikeluarkan sebanyak 240 bilah dan sebagai penghormatan kepada model 240Z yang ikonik.
Setiap bilah pisau mempunyai nombor siri khas yang terukir dalam warna merah, logo Z, tandatangan Chef Hiro, dan lambang Kiryu
Pisau ini disimpan dalam kotak lakuer hitam eksklusif, hasil kerjasama Nissan Design America, Chef Hiro dan Kiryu.
Bahagian luar kotak menampilkan logo Nissan dan nama Chef Hiro, manakala bahagian dalam memaparkan enam generasi logo Z sejak model asal diperkenalkan pada tahun 1969.
Pisau Sushi Z NISMO Precision dijual untuk tempoh terhad pada harga AS$300.23 (RM1,327.26) dan penghormatan kepada sejarah perlumbaan Nissan.
Sebagai sebahagian daripada usaha meraikan kerjasama budaya ini, Nissan akan membuat sumbangan kepada Japan-America Society of Tennessee.
Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit Gambar: Nossam