Pit26 ubah SUV Mercedes-AMG G 63 jadi trak pikap off-road sebenar

oleh Mohamad Hanif|
Kami percaya, tidak ramai pemilik Mercedes-AMG G 63 standard yang mahu memandu jentera mereka meratah laluan off-road memandangkan SUV pantas tersebut nampak lebih selesa dilenjan atas jalan-jalan urban.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun jika anda seorang pemilik yang mahukan cabaran, boleh cuba dapatkan khidmat daripada syarikat Pit26.

Model pikap yang dibangun daripada Mercedes-AMG G 63 ini direka sebagai trak off-road yang paling berkeupayaan, dengan membawakan beberapa naiktaraf dan modifikasi yang ekstrem.
 

G63


Seperti contoh, jarak antara roda yang asal telah dipanjangkan sebanyak 508 mm, sementara bahagian belakang telah dimuatkan dengan bed kustom, lengkap dengan alas Line-X, jek Pro Eagle, dua rak basikal, serta sistem storan TruckVault yang mempunyai dua laci barangan.

Terdapat juga rak bumbung khas untuk menempatkan khemah bumbung iKamper.

Bahagian depan telah dipasangkan bampar tugas berat, lengkap dengan cangkuk Warn.
 

G63


Kelengkapan lain termasuklah skid plate, sistem ekzos Magnaflow, papan pemijak yang boleh disembunyikan, fender flare lebar, serta bampar belakang yang agak tinggi.

Sistem gantungan terdiri daripada spring gegelung Bilstein, sementara keempat-empat sudut dipasangkan rim Innov8 Racing 18 inci berserta balutan tayar Toyo MT 38 inci.

Untuk memudahkan pemanduan pada waktu senja atau malam, pemilik boleh menghidupkan sehingga 12 lampu bantuan yang terpasang pada bahagian bumbung.
 

G63


Bergantung kepada tahap modifikasi yang diinginkan, anda perlulah menyediakan wang sekurang-kurangnya $385,000 (RM1,796,410) untuk mengubah sebuah G 63 AMG menjadi sebuah trak off-road yang gagah perkasa ini.