PKP 2: 15 bank tawar lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman

oleh SALINA JALIL|
Gambar Hiasan
Moratorium termasuk lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seperti yang diumumkan sebelum ini.


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bagi negeri yang dilanda banjir, 15 bank juga sudah pun menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Setakat ini, lebih 1.3 juta peminjam sudah memohon dan menerima bantuan pembayaran, dengan kadar kelulusan sebanyak 95 peratus bagi peminjam individu dan 99 peratus bagi peminjam perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

 

"Ini membuktikan bahawa rakyat tidak perlu bimbang untuk menghubungi bank jika mereka memerlukan fleksibiliti bayaran," katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan khas yang disiarkan secara langsung, hari ini.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hari ini kesemua pihak bank menerangkan dengan lengkap apakah pakej-pakej moratorium yang…
Berita Domestik
Moratorium, atau penangguhan bayaran balik pinjaman juga turut diperluaskan kepada perusahaan mikro…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Pengedar Perodua Malaysia, Khairul Nizam Ayob memberitahu The Malaysian…