PKP 2: Pengusaha bas sekolah mohon perhatian dan bantuan kerajaan

oleh SALINA JALIL|
Lebih 30 peratus daripada kira-kira 15,000 pengusaha bas sekolah di negara ini terpaksa menghentikan operasi susulan kehilangan punca pendapatan.


Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat, berkata kebanyakan mereka hilang pendapatan dalam tempoh lebih enam bulan sejak tahun lalu susulan penutupan sekolah secara fizikal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Katanya, pengusaha yang masih meneruskan perniagaan mengalami kerugian antara RM1,500 hingga RM3,000 kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan bagi melakukan persiapan pembukaan sekolah secara fizikal yang dijadual bulan ini.

 

"Bagaimanapun, pembukaan sekolah secara fizikal ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. Ia sesuatu yang kita tidak jangka tetapi ia berlaku."

 

"Kerugian itu membabitkan kos menghidupkan tempoh insurans, cukai jalan dan pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) yang diwajibkan sebelum memulakan operasi.

 

"Kebanyakan pengusaha bas sekolah sudah mengeluarkan modal untuk melakukan semua persiapan bagi sesi persekolahan ini termasuk menukar tayar atau bateri," katanya ketika dihubungi.

 

Beliau berkata, ada juga pengusaha menerima bayaran yuran untuk Januari namun sebahagian mereka terpaksa memulangkannya kerana pembatalan sesi persekolahan secara fizikal.

 

Katanya, yuran dikenakan pengusaha bas sekolah setiap bulan adalah antara RM40 hingga RM200 bergantung kepada lokasi.

 

"Ia menyebabkan ramai pengusaha bas 'mengalah' dengan melakukan kerja lain dan menjual kenderaan mereka untuk memulakan perniagaan lain. Selain kehilangan mata pencarian bulan ini, sepanjang tahun lalu pendapatan kami tidak sampai enam bulan, " katanya.

 

Beliau berkata, kerajaan perlu membantu pengusaha bas sekolah berikutan mereka memberi perkhidmatan kepada kira-kira sejuta pelajar dari peringkat prasekolah, sekolah dan tuisyen.

 

Katanya, kerajaan wajar menyeimbangkan bantuan antara bas awam dan sekolah.

 

"Kalau kerajaan boleh menyediakan perkhidmatan bas awam secara percuma yang banyak dimanfaatkan oleh warga asing untuk pergi ke kerja dan sebagainya, mengapa tidak peruntukan itu disalurkan buat pengusaha bas sekolah juga," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  Kata beliau, pihaknya mahu lebih kepada usaha advokasi atau pendidikan berbanding tindakan…
Berita Domestik
  "Tapi dalam simposium yang dihadiri lebih 40 persatuan pada 12 Mac lalu, hasrat itu disuarakan…
Informasi
  Katanya, pihaknya tidak menolak perkara itu di luar skop Kementerian Pengangkutan, tetapi…