Dalam satu temubual bersama Kool FM, beliau menjawab persoalan yang diutarakan oleh juruhebah berkenaan beberapa buah restoran yang mula menyediakan dan menghidangkan makanan di dalam kenderaan.
Ujar beliau lagi, perkara ini tidak menjadi masalah atau melanggar SOP selagi pelanggan duduk tetap di dalam kereta dan tidak melanggar syarat dua orang sahaja pada satu-satu masa di dalam kereta.
Temubual penuh boleh didengari menerusi pautan Twitter di bawah.
PARKING & MAKAN DALAM KERETA?
— Kool FM (@koolfmmy) February 5, 2021
Ini jawapan daripada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dalam #BicaraPetang bersama @IzwanAzirSaleh
Anda pilih yang mana? Dine in dalam kereta atau take away & makan di rumah?#KoolFMIzwanAzir #dinein #PKP pic.twitter.com/gt4wuWiDul