PKP 3.0: Pengusaha rumah bot Tasik Kenyir harap dapat kebenaran beroperasi

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Ghazali Kori
Tasik Kenyir di sini antara lokasi yang menjadi tumpuan pelancong terutama bagi pencinta alam semula jadi dan kaki pancing.


Perkhidmatan rumah bot yang berpengkalan di Pengkalan Gawi di sini adalah pilihan utama pelancong untuk masuk tasik buatan manusia itu dengan bayaran sewa antara RM1,800 hingga RM3,000 untuk satu perjalanan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Bagaimanapun, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 memberi kesan kepada aktiviti pelancongan di kawasan berkenaan.

 

Beberapa pengusaha rumah bot yang ditemui melahirkan rasa bimbang memikirkan nasib mereka jika PKP disambung dan sektor pelancongan tempatan masih tidak dibenarkan beroperasi.

Walaupun tidak beroperasi, pengusaha perlu menyelenggara rumah bot dan membayar bekalan elektrik selain perlu memikirkan nasib pekerja yang juga mempunyai komitmen untuk menyara keluarga.

 

Pengusaha rumah bot, Yusri Hanis Yusof, 34, berkata, dia biasanya menerima enam tempahan rumah bot setiap bulan sebelum PKP.

 

"Biasanya memang banyak tempahan masuk terutama ketika cuti sekolah dan hujung minggu namun sekarang kami hilang punca pendapatan. Saya baharu sahaja membeli rumah bot ini awal tahun lalu sebelum PKP dilaksanakan pada Mac.

 

"Jika diikutkan memang belum pulang modal lagi kerana tidak banyak beroperasi dan risau sebenarnya memikirkan masa depan kami kerana pekerjaaan ini bukan sahaja sumber pendapatan untuk saya tetapi pekerja lain," katanya.

 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong Datuk Rozi Mamat berharap pihak berkaitan dapat membantu dengan memberi peruntukan khusus kepada pengusaha dan pekerja rumah bot yang terjejas.

 

"Majoriti pengusaha dan pekerja rumah bot di sini terjejas dan saya berharap satu langkah dapat diambil bagi membantu mereka yang terkesan,"katanya.

 

Ketika ini, terdapat lebih 80 pengusaha rumah bot dengan kebanyakannya terdiri daripada penduduk tempatan yang mengetahui selok-belok lubuk memancing di Tasik Kenyir.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…