PKP Fasa 4: Honda Malaysia sambung semula operasi pusat servis

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan yang kini memasuki Fasa 4, Honda Malaysia memutuskan untuk tidak meneruskan operasi pejabat, fasiliti pemasangan dan pusat pengedar di seluruh negara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Walaubagaimanapun, Honda Malaysia akan memulakan semula operasi khidmat selepas jualan bermula 29 April 2020 setelah mendapat kelulusan beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Namun, pihak Honda akan melaksanakan beberapa langkah berjaga-jaga mengikut garis panduan dan regulasi yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

 


Bagi mengelakkan sebarang kesesakan di pusat servis, para pelanggan diwajibkan untuk menempah slot terlebih dahulu manakala pelanggan walk-in tidak akan dibenarkan sama sekali.

Sebelum memasuki premis, para pelanggan perlu menjalani proses penyaringan suhu badan, di mana mereka yang mencatatkan bacaan suhu melebihi 37.5°C atau simptom seperti batuk, demam dan kesesakan nafas dinasihatkan supaya mendapatka rawatan segera.

Honda juga turut menyediakan cecair sanitasi tangan untuk kemudahan penasihat servis dan pelanggan di beberapa lokasi.

 


Untuk mengekalkan penjarakan sosial, pihak pengedar akan melaksanakan perkhidmatan baharu 'car drop' yang membenarkan para pelanggan yang mempunyai temujanji untuk menghantar kereta ke pusat pengedar dan berurusan dengan penasihat servis menggunakan telefon.

Senarai pusat servis yang dibuka sepanjang tempoh PKP boleh dirujuk menerusi gambar di bawah atau layari www.honda.com.my

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…