PKP: Jualan Honda Malaysia terjejas, hanya 5,700 unit tempoh Mei-Julai 2021

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia mencatatkan penurunan jualan 52 peratus untuk tempoh Mei-Julai 2021 disebabkan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh oleh kerajaan Malaysia, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, "disebabkan hanya sesetengah perkhidmatan sahaja yang dibenarkan beroperasi, tidak mengejutkan apabila prestasi jualan merudum 52 peratus untuk tempoh Mei-Julai 2021, atau 5,700 unit.

Sebagai perbandingan, Honda Malaysia berjaya menjual hampir 12,000 unit untuk tempoh yang sama tahun lalu ketika negara dibawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

"Penutupan operasi perniagaan turut memberikan kesan kepada produksi kenderaan baharu, memberikan impak kepada rantaian bekalan tempatan serta pembekal komponen eksport. Perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan tanpa hala tuju yang jelas memberikan impak kepada perancangan serta pelaburan secara keseluruhan di dalam industri automotif.

Lebih membimbangkan, kesan domino yang bakal dihadapi oleh pengedar sah Honda, terutama penasihat jualan di mana mereka bergantung sepenuhnya kepada komisyen yang diperoleh daripada penjualan kenderaan.

Honda Malaysia berharap kerajaan dapat membenarkan industri automotif kembali beroperasi dengan SOP yang ketat serta garis panduan yang bersesuaian supaya impak jangka panjang seperti pembuangan pekerja dapat dielakkan selain mampu mengelakkan penutupan perniagaan di dalam rantaian bekalan.

Untuk itu, Honda Malaysia berusaha untuk memastikan kadar vaksinasi di kalangan syarikat sekutunya 100 peratus menjelang pertengahan Ogos 2021 di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…