PKP: Kenderaan komersial tidak perlu mohon surat kebenaran

oleh SALINA JALIL|
Gambar Hiasan
Pemilik kenderaan komersial tidak perlu memohon surat kebenaran daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), demikian menurut kementerian itu hari ini.


"Sekatan tidak akan dikenakan kepada kenderaan komersial yang beroperasi semasa PKP," menurut MOT.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

MOT memaklumkan pemilik kenderaan komersial hanya perlu mengemukakan surat pengesahan daripada majikan apabila diminta petugas penguat kuasa dan lorong khas akan disediakan di semua sekatan jalan raya untuk kenderaan komersial.

 

Bagi syarikat logistik lain seperti syarikat penghantaran barang dan pengendali gudang yang berdaftar dengan persatuan, MOT memberitahu kebenaran daripada kementerian boleh diperoleh daripada persatuan masing-masing.

 

"Surat ini perlu dikemukakan bersama-sama bukti keahlian dalam persatuan apabila diminta oleh petugas penguat kuasa di sekatan jalan raya," menurut MOT.

 

Bagi syarikat yang tidak berdaftar dengan mana-mana persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan pula, surat kebenaran boleh dimohon menerusi https://application.mot.gov.my/.

 

MOT turut menasihati pengguna pengangkutan awam supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan dan garis panduan seperti diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), mengamalkan penjarakan fizikal dan menjaga kebersihan sebagai langkah untuk mencegah penularan Covid-19.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan By The Billions, Afiq Feisal berkata, “Kami percaya bahawa sejak kejayaan…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton dianggarkan memegang pasaran sebanyak 22.7 peratus, atau peningkatan…
Telah Diuji
Ia bukanlah satu perkara yang kurang baik, memandangkan kebanyakan negara serta pengeluar automotif…