PKP : PEMANDU AMBULAN MENINGGAL NEGATIF COVID-19

oleh Penyumbang Rencana 2|
UJIAN saringan Covid-19 ke atas pemandu ambulans yang meninggal dunia semalam mengesahkan mangsa meninggal bukan disebabkan virus

Exco Kesihatan Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan mengeluarkan keputusan punca kematian pemandu ambulans yang meninggal dunia semalam dalam kadar segera sebaik post mortem diterima.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Memang ada melibatkan sorang kakitangan daripada Klinik Kesihatan Tronoh dan juga mangsa atau pun kakitangan ini sebenarnya pengsan tiba-tiba sewaktu melaksanakan tugas dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB.

“Kejadian ini berlaku hari Jumaat yang lepas dan semalam iaitu pada hari Isnin kita menerima dan juga mengesahkan berita pemergian allahyarham,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat dan menyampaikan kit kesihatan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Aman, Semanggol hari ini.

Ahmad Saidi diminta mengulas mengenai isu tular di laman sosial, seorang pemandu ambulans yang meninggal dunia didakwa akibat keletihan.

Menurut beliau, mangsa meninggal dunia selepas empat hari menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

gambar jenazah yg sempat dirakam oleh rakan²

Ujar Ahmad Saidi, mewakili kerajaan negeri Perak beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Tular di media sosial sejak semalam mengenai pemandu ambulan yang dikatakan meninggal dunia selepas menghantar seorang pesakit Covid-19 ke sebuah hospital di Perak.

Gambar pemandu ambulans itu tular dalam keadaan terbaring dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) serta dikerumuni beberapa petugas kesihatan yang cuba memberikan bantuan kecemasan.

Difahamkan, pemandu ambulans berkenaan menghidap penyakit asma dan sewaktu kejadian, allahyarham dipercayai keletihan sebelum tidak sedarkan diri.

 

Artikel oleh Hamimah Hamid / Mohd UmzarulFaiz Umar