Kerajaan juga kata Muhyiddin akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat pada Isnin atau Selasa ini, lapor Bernama.
Sekatan penuh Covid-19 Fasa 1 dijadual tamat pada hari Isnin namun kriteria sasaran untuk beralih ke fasa berikutnya masih belum dipenuhi.
Menurut pelan pemulihan negara, peralihan dari Fasa 1 hanya akan dilakukan sekiranya tiga sasaran utama tercapai.
Ini bermakna, dengan pengumuman perdana menteri Fasa 1 akan dilanjutkan lagi.
Kriteria utama untuk memasuki Fasa 2 adalah kes harian Covid-19 di bawah 4,000; Kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) berada pada tahap "sederhana"; dan 10 peratus penduduk sudah diberi vaksin sepenuhnya.
Namun demikian, purata tujuh hari untuk kes Covid-19 setakat hari ini adalah 5,351, sementara jumlah pesakit di ICU hari ini (866) hampir sama tinggi ketika sekatan penuh mula berkuat kuasa pada 1 Jun (872).
Sumber: Malaysiakini