PKPB: 1 juta pekerja bakal kerja dari rumah bermula Khamis ini

oleh Mohamad Hanif|
Pekerja di peringkat pengurusan dan pengawasan dalam sektor awam dan swasta di zon merah di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah diarah bekerja dari rumah berkuat kuasa 22 Oktober ini.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengurangkan pergerakan pekerja bagi mengekang penularan Covid-19.

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) juga memaklumkan bahawa hampir 800,000 pekerja sektor industri dari Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah akan terlibat dengan arahan ini. Arahan ini juga akan melibatkan seramai hampir 200,000 penjawat awam di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah.

“Ini merupakan arahan dan bukan lagi permintaan. Majikan diarah mengeluarkan surat pelepasan bagi pekerja-pekerja ini untuk bekerja dari rumah,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

Miti akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan arahan ini dalam masa terdekat, katanya.

Ismail Sabri berkata bagi pekerja di zon merah yang perlu bekerja di pejabat, mereka perlu melakukan ujian calitan (swab) dan jika majikan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kos ujian akan ditanggung Perkeso.

“Antara bahagian yang perlu bekerja di pejabat termasuk bahagian kewangan dan yang perlu membuat bayaran, begitu juga mereka yang bekerja di bahagian penguatkuasaan dan kebajikan, mereka juga perlu terus bekerja, mereka perlu buat ujian,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan mewajibkan semula pekerja warga asing sektor pembinaan dan pengawal keselamatan membuat ujian sebagai kawalan pencegahan penularan kes di tempat kerja.

“Ketetapan ini diteruskan kepada pekerja warga asing di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Labuan.

“Bagi pekerja warga asing yang majikan mereka mencarum dengan Perkeso, ujian swab adalah disediakan secara percuma,” katanya.

Kluster Utama melibatkan sebuah pusat beli-belah di Petaling, Selangor dan setakat semalam telah merekodkan 185 kes.

Melalui siasatan KKM, kluster tersebut berpunca daripada seorang pengawal keselamatan warganegara Nepal pusat beli-belah tersebut. — Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Enam daerah tersebut adalah Ulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang, dan…
Berita Domestik
"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi…
Informasi
  “Sewaktu sedang melakukan rondaan, anggota bertugas telah terlihat sebuah kereta jenis Honda…