PKPB: MAM Speedweek Championship, SIC MiniGP ditangguhkan!

oleh Mohamad Hanif|
Berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan bermula 14 Oktober sehingga 27 Oktober ini, pihak penganjur BRAAAP Motorsports dan ZK Racing mengumumkan penangguhan acara MAM Speedweek Championship dan SIC MiniGP Championship yang dijadualkan berlangsung pada 25 Oktober ini di Litar Antarabangsa Sepang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pihak penganjur juga sedang bekerja rapat dengan Motorsports Association of Malaysia (MAM) dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk penjadualan semula perlumbaan ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.