Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini berikutan terdapat pergerakan merentas negeri dan kebenaran perlu diperoleh kerana ia adalah prosedur operasi standard (SOP) PKPB.
"Bagi kes pasangan yang tidak mendapat kebenaran itu, mungkin atas sebab yang kurang meyakinkan kerana semuanya tertakluk kepada kelulusan PDRM," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.