PKPB: Pusat Servis MODENAS dibuka 4 hari seminggu, pelanggan temujanji sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) kini menambah hari operasi untuk pusat servis sah MODENAS kepada empat hari seminggu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan minggu lalu.
Modenas

Berikut merupakan pusat servis yang akan dibuka untuk perniagaan:

Pusat Servis MODENAS Subang, Selangor
Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak
Pusat Servis MODENAS Gurun, Kedah
Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang
Pusat Servis MODENAS Johor Bahru, Johor

Hari Operasi        : Empat hari seminggu (Isnin hingga Khamis)
Waktu Perniagaan    : 10.00 pagi hingga 3.00 petang
Permulaan        : 4 Mei 2020, sehingga diberitahu kelak

Para pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan servis menerusi temujanji yang boleh dibuat di dalam talian melalui pautan: https:bit.ly/mcobookaservice atau http://bit.ly/jomservis atau menghantar mesej menerusi talian WhatsApp MODENAS Careline di 019-570 8135.

 


Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan jumlah pelanggan yang memasuki premis serta mempraktikkan jarak sosial yang selamat sepanjang tempoh pandemik.

Para pelanggan juga diminta memakai pelitup muka sebelum memasuki premis dan suhu badan juga akan turut diperiksa.

MODENAS juga turut berusaha memulakan operasi perniagaan alat ganti bagi memudahkan para pelanggan mendapatkan stok alat ganti dengan lebih mudah sepanjang tempoh PKP.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan harga jualan yang disyorkan sebanyak RM9,990 (tanpa insurans dan cukai jalan), Modenas RS200…
Berita Domestik
Tiga warna baharu itu adalah Pearl Metallic White, Pewter Grey dan Burnt Red.  
Pelancaran Motosikal
Bertepatan dengan nama varian tersebut, motosikal moped ini hadir dengan ciri brek cakera dengan…