PKPD: Baikpulih kenderaan sahaja dibenarkan

oleh Mohamad Hanif|
Menurut SOP terbaharu berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur, pusat servis dan bengkel kenderaan dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu dan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKPD.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, aktiviti pusat yang disebutkan itu tadi hanyalah dihadkan kepada kerja-kerja membaikpulih yang kritikal sahaja.

Manakala servis berjadual dan penyelenggaraan am adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Menurut laporan daripada rakan media Paultan, dalam tempoh masa terdekat syarikat pengeluar kereta dijangka akan mengumumkan lanjutan servis berkala dan tempoh waranti sepanjang tempoh yang dimaksudkan.

Sementara bagi bengkel yang berada di kawasan luar pelaksanaan PKPD masih dibenarkan beroperasi dengan pemantauan SOP yang ketat.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, kesemua pusat pameran kenderaan masih tidak dibenarkan beroperasi, begitu juga dengan kilang pengeluaran kenderaan sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa Pertama.

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Jadual perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis adalah pada 11 pagi, manakala dari Kuala Perlis…
Berita Domestik
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata industri automotif…
Berita Domestik
Disebabkan perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) yang dilaksanakan pada ketika ini,…