PKPD lokaliti Kuala Lumpur tamat esok (16 Julai)

oleh Mohamad Hanif|
Berdasarkan pengumuman terbaharu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan ditamatkan esok, 16 Julai 2021 jam 11.59 malam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lokaliti yang dimaksudkan itu termasuklah PPR Sri Semarak, PPR Batu Muda, Kampung Padang Balang, Taman Koperasi Polis (Fasa 2), Flat Sri Sabah, PPR Kampung Baru Air Panas, PPR Kerinchi, Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Emas.

 


Sementara itu, penamatan PKPD turut melibatkan beberapa kawasan di Sabah seperti:

  • lokaliti Kampung Mangga, Nasip Kita
  • lokaliti Kampung Kijang, Balung
  • Kampung Lingkodon, Kota Belud
  • Kampung Pintas Kubu, Beaufort
  • Kampung Muhibbah, Putatan
  • Kampung Goshen, Kota Marudu

PKPD di Mukim Kuala Kuantan, Pahang juga akan ditamatkan mengikut masa yang ditetapkan seperti berikut:

  • Mukim Kuala Kuantan 1 (16 Julai 2021, 11.59 malam)
  • Mukim Kuala Kuantan 2 (17 Julai 2021, 11.59 malam)

 


Dalam pada itu, pelaksanaan PKPD dilanjutkan di beberapa lokasi seperti:

  • Kilang Latexx Manufacturing Sdn Bhd dan Asrama Pekerja Kilang Latexx, Taiping
  • (17-30 Julai 2021)
  • Taman Mewah, Kelemak, Alor Gajah (17-30 Julai 2021)
  • Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu (17-30 Julai 2021)

 


Beberapa kawasan turut dilaksanakan PKPD berkuatkuasa 17 Julai sehingga 30 Julai seperti:

  • Kampung Perpaduan Gumpa, Kudat
  • Perumahan Sabah Forest Industry Sipitang
  • Penjara Tawau & Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau
  • Lokaliti Apartment Tropicana Bukit Merah, Perak
  • Kampung Tersusun Pondok Tanjung, Daerah Kerian
  • Kampung Binjai, Perak

 

Sumber: MINDEF

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Jadual perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis adalah pada 11 pagi, manakala dari Kuala Perlis…
Berita Domestik
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata industri automotif…
Berita Domestik
Disebabkan perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) yang dilaksanakan pada ketika ini,…