PKPD: Pergerakan untuk tujuan vaksinasi, kecemasan dibenarkan

oleh Mohamad Hanif|
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membenarkan pergerakan penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi tujuan vaksinasi, perubatan dan kecemasan.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ia membabitkan urusan vaksinasi, perubatan dan kecemasan.

"Bagi penduduk di lokaliti dikenakan PKPD yang mempunyai urusan perubatan dan vaksinasi, PDRM akan membenarkan pergerakan tiga orang termasuk pemandu untuk tujuan itu.

"Mereka hanya perlu menunjukkan janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang, kad janji temu atau mesej pesanan ringkas (SMS)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, beliau berkata, kebenaran pergerakan akan diberikan mengikut kes.

Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bersama memainkan peranan dalam usaha kerajaan melandaikan lengkuk penularan Covid-19.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, mereka yang ingin melakukan perjalanan ke luar negara juga tidak lagi perlu memohon…
Berita Domestik
Selain dari itu, Kerajaan turut membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau…
Berita Domestik
Serentak dengan itu, Honda Malaysia komited memastikan kesemua tenaga kerja di seluruh negara…