PKPD - Perkhidmatan feri Kuala Kedah-Langkawi dihentikan esok

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Perkhidmatan feri Kuala Kedah ke Langkawi akan dihentikan selama dua minggu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Kedah bermula esok.


Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Baharin Baharom berkata, Terminal Feri Kuala Kedah akan ditutup bermula 6 September hingga 19 September ini.


Menurutnya, sehubungan dengan itu, penumpang yang keluar masuk Langkawi boleh menggunakan perkhidmatan feri yang akan dibuka dengan satu trip perjalanan di Kuala Perlis.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Jadual perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis adalah pada 11 pagi, manakala dari Kuala Perlis ke Langkawi pada 1 tengah hari.

 

"Kekerapan perjalanan feri akan ditambah sekiranya mendapat permintaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Baharin berkata, kapasiti penumpang pada satu-satu masa hanya 50 peratus dibenarkan dari jumlah keseluruhan tempat duduk dalam feri.

 

Menurutnya, penumpang yang sudah membeli tiket bagi perjalanan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi dibenarkan untuk membuat tuntutan bayaran balik harga tiket melalui emel seperti mana tercatat pada boarding pass bagi pembelian dalam talian.

 

"Selain itu, mereka boleh membuat tuntutan bayaran balik di kuanter bagi pembelian kuanter atau menukar perjalanan keluar masuk melalui Terminal Kuala Perlis," katanya.

 

Semalam, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad mengumumkan dua zon dalam Mukim Kuala Kedah, Kota Setar dikenakan perintah PKPD susulan penularan Covid-19.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagaimanapun, beliau memaklumkan, isu membabitkan perkhidmatan feri berada di bawah bidang tugas…
Berita Domestik
  Dalam satu pautan Facebook Jabatan Laut Malaysia (JLM) yang dikongsikan syarikat berkenaan, Sani…
Informasi
  “Pihak pengurusan feri mengambil inisiatif membantu kerajaan untuk memudahkan orang ramai pulang…