PKPP: Statistik kemalangan di seluruh negara 25,958 kes, 224 kemalangan maut, 250 kematian!

oleh SALINA JALIL|
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 25,958 kemalangan jalan raya di seluruh negara, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun lalu hingga semalam.


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata daripada jumlah itu, 224 kemalangan maut dicatatkan dengan 250 kematian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Saya tidak boleh membuat perbandingan statistik kemalangan ketika PKPP dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kerana ia membabitkan tempoh masa berbeza.

 

"Apa yang saya boleh simpulkan trend kemalangan ketika PKPP tidak 'lari' jauh sebelum PKP dalam tempoh sama.

 

"Tiada penurunan atau peningkatan statistik kemalangan berkenaan secara mendadak," katanya ketika dihubungi.

 

Mengulas lanjut, Azisman menasihatkan orang ramai untuk mematuhi undang-undang jalan raya bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

 

"Kita akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang.

 

"Jangan abaikan undang-undang dan peraturan jalan raya, amalkan pemanduan secara berhemah," katanya.

 

 

sumber: BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nasri…
Berita Domestik
  "Mengikut pecahan jenis kenderaan, kereta mencatatkan angka tertinggi kemalangan iaitu 1,790…
Informasi
  “Semalam (Isnin), 24 April sebanyak 1551 kes kemalangan berlaku melibatkan 2,327 kenderaan, yang…