Plaza Tol Gombak sesak kerana polis 'buat kerja'

oleh SALINA JALIL|
Kesesakan yang berlaku di Plaza Tol Gombak arah ke ibu negara semalam berpunca daripada pemeriksaan teliti yang dijalankan ke atas setiap kenderaan yang melalui sekatan jalan raya yang didirikan di plaza tol berkenaan.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata kesesakan mencecah empat kilometer itu tidak serius berbanding ketika perayaan sama pada tahun-tahun sebelum ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Anggota di sekatan jalan raya melakukan pemeriksaan teliti ke atas setiap kenderaan yang melalui plaza tol itu bagi memastikan mereka mempunyai dokumen rentas negeri sehingga menyebabkan berlaku kesesakan.

 

"Saya berada di Plaza Tol Gombak daripada jam 5 petang semalam hingga 1 pagi tadi untuk memantau sekatan jalan raya di situ dan dan pada hari ini hingga jam 9.30 malam tadi, kesesakan masih berlaku.

 

"Kebanyakan pemandu didapati mempunyai dokumen rentas negeri dan paling banyak adalah berkaitan urusan balik ke universiti serta institusi pendidikan lain selain ada juga yang berkaitan urusan kerja di sekitar Lembah Klang ," katanya ketika dihubungi.

 

Sebanyak 22 kompaun dengan denda RM5,000 setiap satu dikenakan terhadap mereka yang didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan sejumlah kompaun atas kesalahan sama turut dikeluarkan pihaknya.

 

Dalam pada itu, Arifai menafikan dakwaan netizen yang mempertikaikan kesesakan yang berlaku di Lebuh Raya Karak berlaku berpunca daripada aktiviti rentas negeri dan daerah oleh mereka yang pulang semula ke ibu negara selepas menyambut Hari Raya.

 

"Kesesakan antara tiga hingga empat kilometer itu tidak setara dengan kesesakan pada musim perayaan yang biasanya berlaku menjangkau 20 ke 30 kilometer walaupun tiada sekatan jalan raya dibuat.

 

"Jadi komen itu adalah tidak tepat," katanya.

 

Difahamkan, seorang pegawai polis bersama 10 anggota diberi tanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas semua kenderaan yang melalui sekatan jalan raya di plaza tol berkenaan pada setiap syif.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan itu dilakukan hasil dari tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kita…
Berita Domestik
"Sekatan jalan raya itu dijalankan sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Jelutong bermula jam 10…
Berita Domestik
"Tangkapan bersama kenderaan yang terlibat dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik…