Plaza Tol, persimpangan bertingkat Shah Alam dibuka secara berperingkat kepada laluan trafik

oleh Mohamad Hanif|
banjir yang melanda tempoh hari
PLUS ingin memaklumkan plaza tol dan persimpangan bertingkat Shah Alam kini dibuka semula secara berperingkat kepada semua pelanggan lebuh rayanya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini adalah berikutan paras air yang semakin surut serta kerja-kerja pembersihan, pengalihan kenderaan yang terkandas, serta pembaikan ke atas aset dan peralatan tol yang rosak disebabkan oleh air banjir.

Dalam kenyataan media, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi selaku Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia menasihati para pelanggan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda amaran kerana masih terdapat beberapa bahagian jalan yang ditakungi air banjir.

Pelanggan boleh menyemak status banjir semasa serta maklumat trafik terkini di laman web PLUS (www.plus.com.my), platform media sosial Facebook dan Twitter, serta aplikasi PLUS.

Dalam masa yang sama, PLUS ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua pihak termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, serta semua agensi-agensi lain dan orang perseorangan yang terlibat dalam misi menyelamat dan memindahkan pelanggan lebuh raya yang terkandas, terutamanya mereka yang telah memberikan kerjasama demi memastikan operasi menyelamat berjalan lancar.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Sepanjang tempoh tersebut, transaksi pembayaran tol menggunakan kaedah SPT mencatatkan sebanyak 2.…
Berita Domestik
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Abd Malik Abd…
Berita Domestik
"Saya telah mendapat pengesahan bahawa usaha pembinaan plaza tol di kawasan tersebut tidak…