Laluan masuk di Bukit Raja dan Setia Alam ke Shah Alam juga turut ditutup.
Pengguna lebuhraya yang terputus hubungan antara Setia Alam ke Shah Alam dan Subang menuju Shah Alam/Elite diminta untuk melakukan pusingan U melalui laluan yang disediakan oleh PLUS.
PLUS juga telah menghantar amaran kepada semua pelangganya melalui sistem VMS (Variable Messaging System) berkaitan penutupan dan lencongan tersebut.
Ikuti laman web PLUS dan platform media sosial PLUS Malaysia di Facebook dan Twitter untuk perkembangan terkini.
* Gambar utama dari media sosial