Plet kau hijau

oleh HEZERI SAMSURI|
Britain akan memperkenalkan nombor plet hijau khusus untuk kenderaan elektrik (EV) pada hujung tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia adalah antara perancangan negara itu untuk memastikan sasaran pelepasan gas "greenhouse" sifar menjelang 2050.

Plet ini akan membantu pihak berkuasa mengenali kenderaan EV yang mendapat pengecualian dari caj pelepasan asap dan harga parkir yang lebih rendah.

Kerajaan UK juga telah memperuntukan US$15.2 juta untuk kajian teknologi pengeluaran asap sifar, termasuk menghasilkan kenderaan yang lebih mesra alam dan teknologi caj bateri untuk EV.

Malaysia mungkin boleh mengambil iktibar di atas usaha ini kerana sekarang ini, pemilik kenderaan EV tidak mendapat sebarang pengiktirafan langsung.

Malah, jika kita melawat ke Ikea Cheras, parkir khusus untuk kenderaan mesra alam dengan selamba digunakan oleh pemandu kenderaan lain tanpa rasa berdosa.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pembekal komponen dan teknologi automotif dari Jerman, Bosch mengumumkan rancangan untuk…