PLUS aktifkan Smart Lane di 28 lokasi kritikal

oleh Penyumbang Rencana|
foto PLUS Malaysia
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan Smart Lane di 28 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi melancarkan pergerakan trafik di lokasi-lokasi kritikal sempena perayaan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir. Zakaria Ahmad Zabidi berkata, jumlah tersebut menunjukkan pertambahan sebanyak tiga lokasi berbanding 25 Smart Lane yang dibuka ketika perayaan Tahun Baharu Cina lalu.

Katanya, laluan Smart Lane boleh dikenal pasti melalui paparan Lampu Hijau Berkelip (Green Flashing Light) dan papan tanda pemberitahuan di lokasi yang telah ditetapkan.

“Pengguna lebuh raya diminta mematuhi arahan semasa oleh petugas di lokasi dan memberi kerjasama sepenuhnya ketika Smart Lane diaktifkan.

“Laluan itu hanya boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang Ketika Smart Lane diaktifkan, had laju yang disarankan bagi pengguna laluan ini adalah sekitar 60 kilometer per jam,” katanya.

Zakaria berkata, pengguna lebuh raya dilarang memandu di lorong kecemasan dan di lokasi yang tidak mempunyai Smart Lane bagi mengelakkan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan arahan papan tanda serta makluman trafik terkini bagi memastikan perjalanan lebih selamat dan lancar.

“Kami ingin mengingatkan pengguna bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan lorong kecemasan di lebuh raya,” katanya.

 

PLUS

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pertama di lebuh raya Malaysia Penganjuran ini merupakan yang pertama seumpamanya diadakan di mana…
Berita Domestik
Menurut laporan Malay Mail, langkah ini bertujuan meningkatkan kesedaran pemandu serta memastikan…
Informasi
"Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan) di KM225 Lebuhraya Utara-Selatan bakal berwajah…