PLUS bakal tambah cara pembayaran guna kad debit, kredit

oleh Mohamad Hanif|
PLUS sedang giat mempromosikan penggunaan tag RFID sebagai salah satu cara ke arah pelaksanaan sistem tol aliran bebas (MLFF) pada masa akan datang.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Malah, pembayaran tol menggunakan RFID bakal diperkenalkan secara rasmi untuk pengguna kenderaan kelas pertama bermula 15 Januari ini di sepanjang laluan Lebuhraya Utara Selatan bermula dari Plaza Tol Juru, Pulau Pinang sehingga Plaza Tol Skudai, Johor.
 

RFID


Dalam pada itu, laman web Jom RFID baru-baru ini dilihat telah menambah pilihan pembayaran alternatif tanpa tunai menggunakan kad debit dan kredit yang bakal dilaksanakan kelak.

Menurut laman web itu lagi, ujian rintis pembayaran alternatif itu sedang dijalankan di beberapa plaza tol terpilih, dan berkemungkinan besar kita akan dapat melihat pelaksanaannya dalam tempoh terdekat.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, menurut siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak…
Berita Domestik
Projek pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) daripada empat lorong kepada enam lorong akan…
Berita Domestik
Menurut laporan akhbar Utusan, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata…