PLUS jalankan kerja penyelenggaraan, lorong kecemasan dan kiri Tapah ke Bidor ditutup selama lima hari

oleh Mohamad Hanif|
Demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuhraya, PLUS Malaysua Berhad (PLUS) baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan di KM329.64 hingga KM331.79 (Arah Selatan).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut PLUS, lorong kecemasan dan lorong kiri antara Tapah ke Bidor akan ditutup selama lima hari bermula jam 9.00 pagi 22 Januari (Jumaat) sehingga Selasa, 26 Januari 2021 jam 12.30 tengah hari.

Walau bagaimanapun, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Justeru, pelanggan yang menghala ke selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan. Pelanggan juga boleh mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menekan butang SOS pada aplikasi tersebut.

Dalam masa yang sama, mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…