PLUS jangka 1.9 Juta kenderaan sehari sempena cuti Deepavali

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
PLUS menjangkakan bahawa pertambahan trafik sehingga 1.9 juta kenderaan akan berlaku di semua rangkaian lebuh raya kendalian Plus sempena cuti umum Hari Deepavali bermula esok (Jumaat).


Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pegawai Operasi Plus berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 1.7 juta kenderaan sehari pada hari biasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna lebuh raya, Plus mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA).


Ini adalah untuk membantu orang ramai merancang perjalanan mereka di samping membantu mengagihkan trafik yang bergerak di pelbagai destinasi.


Zakaria turut berkata bahawa  TTA diwujudkan bagi mengagih trafik dan mengurangkan kesesakan terutamanya di lokasi kritikal, plaza tol dan kawasan rehat sepanjang musim perayaan ini.


Jadual TTA boleh juga boleh dirujuk di laman web https:// www.plus.com.my serta saluran media sosial Plus.


Plus juga akan memastikan tiada penutupan lorong atau kerja penyelenggaraan serta naik taraf atau pembinaan dilaksanakan bermula esok hingga 25 Oktober ini.


Pengguna lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor supaya dinasihatkan menggunakan lebuh raya sebelum jam 10 pagi.


Untuk pengguna lebuh raya dari negeri berkenaan yang bergerak pulang ke Lembah Klang bermula 24 hingga 26 Oktober pula disarankan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 10 pagi.


Plus dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaktifkan Ujian Awam SmartLane di laluan Bukit Tambun-Plaza Tol Juru dan Sungai Petani Selatan-Hentian Sebelah Tikam Batu untuk mengurangkan kesesakan.

Berita Berkenaan

Informasi
  Susulan itu, sebuah mekanisme telah dicadangkan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti…
Berita Domestik
  "Antara punca lain kesesakan lalu lintas yang dikenal pasti adalah terdapat ekspo di Dataran…
Berita Domestik
  "Saya minta DBKL membuat kajian terperinci untuk mengatasi masalah ini mungkin 100 peratus tak…