PLUS jangka aliran trafik lonjak hingga 15 peratus hujung minggu ini

oleh SALINA JALIL|
Aliran trafik di semua lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dijangka melonjak hingga 15 peratus, antara Jumaat hingga Ahad ini.


Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, berkata ia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), berkuat kuasa Rabu ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Katanya, jangkaan lonjakan trafik itu, berikutan orang ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung masing-masing, susulan kelonggaran perjalanan rentas negeri diberikan kerajaan sepanjang PKPP.

 

"PLUS sebelum ini, menyaksikan kadar penurunan trafik agak mendadak di semua rangkaian lebuh rayanya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pada 18 Mac lalu.

 

"Namun, jumlah berkenaan mencatatkan peningkatan konsisten sejak Hari Raya Aidfilfitri hingga kini.

 

"Sebanyak 1 juta kenderaan dicatat menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS pada hari biasa dan penurunan sebanyak 20 peratus pada hujung minggu," katanya kepada BH, hari ini.

 

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKPP bermula Rabu ini hingga 31 Ogos depan, menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

 

Pelaksanaan PKPP antara lain membenarkan pergerakan rentas negeri selain beberapa aktiviti dilarang ketika PKPB yang akan berakhir esok.

 

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…
Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Hasbullah, sistem HS WIM itu boleh beroperasi…