PLUS kekal status bangunan hijau di peringkat ASEAN dua tahun berturut-turut!

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berjaya menempa nama sebagai salah satu peneraju industri utama dalam kecekapan tenaga menerusi dua pengiktirafan yang diterima di peringkat ASEAN dan juga kebangsaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ibu pejabatnya, Persada PLUS berjaya mengekalkan status sebagai Naib Johan Kategori Bangunan yang Diubahsuai untuk dua tahun berturut-turut di dalam Anugerah Bangunan Cekap Tenaga pada anugerah ASEAN Energy Efficiency and Conservation Best Practices Awards 2021 anjuran Pusat Tenaga ASEAN (ACE) baru-baru ini.

PLUS juga muncul sebagai pemenang Anugerah Tenaga Kebangsaan (National Energy Awards) 2020 bagi kategori Pengurusan Tenaga Bangunan Besar, serta Naib Juara Anugerah Tenaga ASEAN, sekaligus menjadikannya sebagai syarikat konsesi lebuh raya pertama yang menerima penghormatan berganda untuk tahun ini.

Pengiktirafan berganda ini merupakan hasil kejayaan pelan strategik lima tahun PLUS Green Roadmap yang menekankan kepentingan pendekatan yang paling inovatif dalam usaha memelihara alam sekitar, serta mencerminkan dedikasi berterusan syarikat dalam memperkasakan budaya Penjagaan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus Korporat (ESG) dalam amalan perniagaannya.

"Pengiktirafan berganda ini adalah bukti kukuh semangat kami mempertingkatkan inisiatif Hijau PLUS. Ia juga merupakan bukti komitmen Warga kami dalam memperkasakan pembangunan mampan dan memberikan nilai tambah kepada pihak berkepentingan kami. Ianya merupakan usaha yang sangat luar biasa dari seluruh Warga PLUS dan anugerah ini didedikasikan kepada mereka”, kata Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pegawai Operasi (COO) PLUS.

Anugerah Tenaga ASEAN ini merupakan pengiktirafan tertinggi di Asia Tenggara bagi kecemerlangan dalam bidang pengurusan tenaga. Kategori pertama adalah dalam bidang kecekapan tenaga dan pemuliharaan (EE&C) dalam bangunan memandangkan penggunaan tenaga paling intensif merupakan salah satu kesan pembangunan bandar yang pesat.

Pertandingan ini dilancarkan pada tahun 2000 dan mula merangkumi penyertaan Kategori Bangunan Hijau pada tahun 2014.

Majlis Penganugerahan telah dilangsungkan secara maya pada 16 September 2021 sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN ke-39 mengenai Mesyuarat Tenaga (AMEM) dan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN (AEBF) 2021.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehingga kini, Lebuhraya PLUS telah dilengkapi dengan 214 kemudahan tempat berteduh untuk…
Berita Domestik
Kempen tersebut bertujuan untuk mendidik dan mendorong tabiat memandu yang selamat di samping…
Berita Domestik
Kolaborasi itu akan meliputi pembangunan penyelesaian pengurusan armada, integrasi platform program…