PLUS komited pastikan keselamatan pengguna ketika Aidilfitri

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun bilangan pengguna berkurangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, PLUS tetap komited dalam memastikan keselamatan lebuhraya serta bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang seperti polis, bomba dan penyelamat, serta Angkatan Pertahanan Awam bagi memberikan sokongan dan bantuan kecemasan di musim perayaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

PLUS juga menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak mempertaruhkan kesejahteraan diri dan orang lain dengan melakukan perjalanan antara negeri untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman.

Menurut Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS berkata, "Pihak polis akan mengadakan sekatan jalan raya yang ketat di sepanjang lebuhraya, di mana pemandu yang ingkar akan dikenakan denda selain diarahkan untuk berpatah balik.

Melalui analisa perjalanan trafik, PLUS menjangkakan kira-kira 1 juta kenderaan akan menggunakan lebuhraya kendaliannya pada musim Syawal.

Harus diingatkan, semua kemudahan surau di kawasan rehat dan rawat (R&R) masih ditutup, kecuali tandas awam, kawasan meletak kenderaan serta kemudahan pembelian makanan dan minuman secara bungkusan di gerai R&R dan hentian sebelah terpilih sahaja bermula jam 7.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Selain daripada itu, PLUS juga memantapkan operasi lebuhrayanya untuk memastikan keselamatan dan keselesaan kepada pelanggan lebuhraya, antaranya:

  • menempatkan kira-kira 2,900 kakitangan di dalam esosistem PLUS
  • penggunaan dron untuk pemantauan trafik di lokasi strategik
  • penutupan lorong tambah nilai di plaza tol bagi mengurangkan penularan COVID-19
  • menyediakan kren dan trak tunda tambahan di lokasi strategik
  • menyediakan 149 pasukan PLUSRonda untuk rondaan 24 jam di lebuhraya
  • menyediakan 42 kakitangan di Pusat Kawalan Trafik setiap hari pada musim perayaan

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi akaun Twitter PLUSTrafik, talian bebas tol PLUSLine 1800 88 000, aplikasi PLUS Mobile, papan tanda elektronik dan laporan trafik menerusi stesen radio utama.

Pelanggan juga boleh berinteraksi dengan PUTRI - chatbot yang disediakan oleh PLUS untuk mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan lebuhraya seperti maklumat trafik, kadar tol, PLUSMiles dan sebagainya menerusi platform laman web PLUS (www.plus.com.my) portal PLUSMiles (www.plusmiles.com.my) dan juga aplikasi PLUS.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…