PLUS lancar kempen "Satu Pembelian, Seribu Harapan"

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melancarkan kempen 'Satu Beli, Seribu Harapan' dalam usaha untuk membantu pengendali perniagaan kawasan rehat dan rawat (R&R) yang terjejas akibat pandemik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kempen terbaharu ini menjemput para pengguna lebuh raya yang mendapat kebenaran merentas daerah dan negeri untuk terus menyokong perniagaan komuniti setempat apabila mereka berhenti di R&R sepanjang perjalanan.

Menurut Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato' Ir. Mohd Shuhaimi Hassan berkata, inisiatif ini sejajar dengan konsep asal lebuh raya untuk meningkatkan tahap ekonomi peniaga komuniti yang tinggal di sepanjang jajaran lebuh raya.

PLUS sebelum ini menawarkan bantuan dari segi latihan dalam talian, inovasi digital Sistem Pra-Pesanan, serta bantuan dari segi pengurangan dan pengecualian sewa kepada para peniaga yang terjejas ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama pada tahun lalu.

Dalam pada itu, PLUS juga turut memastikan segala SOP keselamatan dipatuhi di lokasi R&R selain menjaga tahap kebersihan melalui penyelenggaraan yang tinggi demi memberikan keselesaan dan ketenangan kepada para pengguna lebuh raya.

Untuk membuat pra-pesanan makanan dan minuman, pengguna boleh memuat turun aplikasi PLUS (percuma di Google Play Store dan Apple App Store) dan menggunakan fungsi Order Di Sini (Pra-Pesanan) untuk pesanan bawa pulang di R&R terpilih.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…