PLUS lancarkan video Raya 2019 - Tumpang

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini mengadakan tayangan video Aidilfitri syarikat ini, “Tumpang” kepada media yang hadir pada Taklimat dan Sidang Media persediaan PLUS menghadapi lonjakan trafik di musim perayaan.

Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, Ketua Pegawai Operasi, Zakaria Ahmad Zabidi dan Ketua Pegawai Komersil PLUS, Christine Liew kepada wakil-wakil media di Persada PLUS, hari ini.

“Tumpang menceritakan keprihatinan PLUS terhadap semua pelanggan lebuhraya. Ia adalah tanda keikhlasan PLUS menyediakan perjalanan yang bermakna buat pelanggan. Menerusinya, kami berharap semua dapat merasakan keikhlasan PLUS dalam menjaga pelanggan sepanjang perjalanan mereka di musim perayaan ini,” jelas Azman.

Tumpang mengisahkan tentang dua watak iaitu Pak Man dan Amir di mana kehidupan kedua-duanya sebenarnya saling berkaitan tanpa mereka sedari. Di dalam ini, PLUS mendalami dan meneroka semangat silaturrahim.

“Tanpa mengira batasan umur, latar belakang atau mahupun keturunan, kita diseru untuk saling sayang-menyayangi dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain – sepertimana  nilai yang dibawakan oleh PLUS sejak 3 dekad yang lalu. Adalah menjadi tanggungjawab kepada sesiapa yang mempunyai kemampuan di dalam hidup ini untuk menghulurkan tangan kepada mereka yang memerlukannya. 

"Di PLUS, kami cuba melaksanakan tanggungjawab ini dengan memberikan keselesaan dan kemudahan menerusi infrastuktur dan perkhidmatan lebuhraya kami,” kata beliau.

Menurut Azman, Tumpang boleh ditonton menerusi semua platform media sosial PLUS dan YouTube mulai hari ini. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Filem pendek ini dibintangi oleh Aedy Ashraf sebagai Aidil, manakala Amerul Affendi pula…
Berita Domestik
Sering kita dituntut melakukan kebaikan, sama ada untuk diri sendiri mahu pun kepada insan yang…