PLUS - Lencongan trafik dari susur keluar arah Juru-Bukit Mertajam bermula 21 Jun

oleh SALINA JALIL|
Plus Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan lencongan trafik dari jalan susur keluar ke arah Juru-Bukit Mertajam di persimpangan bertingkat Juru (arah selatan), Pulau Pinang untuk semua kenderaan.


PLUS dalam kenyataan hari ini, memaklumkan lencongan trafik itu bermula jam 12 tengah malam pada 21 Jun hingga 11 malam 29 Julai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"PLUS sentiasa melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya di sepanjang rangkaian lebuh raya kendalian kami.

 

"Salah satu inisiatif yang dijalankan adalah menaik taraf kapasiti sistem perparitan sedia ada termasuk dalam Rancangan Tebatan Banjir bersebelahan lebuh raya kami beroperasi.

"Bagi membolehkan kerja-kerja menaiktaraf itu dijalankan secara berperingkat, PLUS akan mengaktifkan lencongan trafik di lokasi terbabit sepanjang tempoh berkenaan," katanya.

 

Kenyataan itu memaklumkan orang ramai yang melalui laluan itu dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini melalui Aplikasi PLUS.

 

"Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati memandu, mematuhi had laju dan arahan papan tanda trafik ketika melalui kawasan terbabit.

 

"PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pengguna lebuh raya sepanjang tempoh kerja menaiktaraf dijalankan bagi menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
  "Lencongan sementara ini adalah bertujuan untuk pelaksanaan kerja-kerja membaik pulih permukaan…
Berita Domestik
  Lencongan itu bermula dengan penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH 720 dari Jakarta,…
Informasi
  Menurut kenyataan itu, trafik dari Jalan Sultan Azlan Shah (arah Sentul) menghala ke Jalan Tun…