PLUS Pengendali Lebuhraya Asia Pertama Rangkul Anugerah Antarabangsa Prince Michael Award!

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merupakan syarikat pengendali lebuh raya Asia pertama yang memenangi anugerah antarabangsa untuk keselamatan jalan raya, Prince Michael International Road Safety Award berikutan kejayaan syarikat ini melaksanakan pelbagai inisiatif keselamatan jalan raya pada tahun 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail menerima anugerah tersebut daripada Putera Michael, Kent di The Savoy, London sebagai mengiktiraf kejayaan PLUS melaksanakan pelbagai inisiatif keselamatan di sepanjang 1,134.1 kilometer lebuh rayanya di Semenanjung Malaysia.

PLUS merupakan salah satu daripada 23 penerima anugerah daripada 70 pencalonan yang bermutu tinggi dari seluruh dunia.

"Anugerah ini telah membuktikan bahawa PLUS diiktiraf sebagai lebuh raya bertaraf dunia yang mematuhi ciri-ciri keselamatan yang tinggi di peringkat antarabangsa. Ini mengesahkan bahawa PLUS ialah sebuah organisasi yang mengutamakan dan memberi penekanan terhadap aspek keselamatan," kata Datuk Azman.

Sebagai syarikat pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia yang memberi perkhidmatan kepada lebih 1.7 juta pelanggan setiap hari termasuk 3,000 pekerja lebuh raya, PLUS telah mengambil pendekatan 3E yang merangkumi aspek Kejuruteraan (Engineering), Penguatkuasaan (Enforcement) dan Pendidikan (Education) dalam menguruskan keselamatan di semua lebuhrayanya sejak suku pertama tahun 2017.

Melalui inisiatif kejuruteraannya, PLUS telah memastikan ke semua lebuhraya kendaliannya mencapai 3-bintang dalam Standard Penilaian iRAP.

Dari segi Pendidikan pula, PLUS berkolaborasi bersama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) telah memperkenalkan Pasport Keselamatan Operasi Lebuhraya (EOSP) untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan di kalangan para petugas di lebuh raya. Sejurus pelaksanaannya, EOSP telah menyumbang kepada penurunan kadar kematian di kalangan petugas dan kontraktor yang menjalankan kerja mereka di lebuhraya sebanyak 75 peratus.

 


Program EOSP tersebut merupakan pertama kali diperkenalkan dalam industri lebuh raya Malaysia, dan pensijilan EOSP adalah wajib bagi semua petugas di lebuh raya PLUS sebelum memasuki zon kerja masing-masing. EOSP kini menjadi penanda aras bagi industri lebuhraya di negara ini.

Program EOSP tersebut menerima sokongan penuh badan-badan penyelia lebuhraya di Malaysia iaitu Lembaga Lebuhraya Malaysia (MHA), Kementerian Kerja Raya serta Kementerian Pengangkutan.

Keselamatan di lebuh raya PLUS dipertingkatkan lagi menerusi kerjasama rapat dengan agensi Penguatkuasaan dari jabatan pengangkutan jalan raya, polis trafik, perkhidmatan kecemasan seperti pasukan bomba dan ambulans termasuk penyedia perkhidmatan tundaan kendaraan.

Putera Michael dari Kent merupakan pendokong utama keselamatan jalan raya yang menyokong Misi Sedekad (Decade of Action) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, iaitu sebuah program antarabangsa yang berwawasan tinggi dan telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa dan menggalakkan amalan keselamatan yang baik.

Sejak 1987, anugerah tersebut telah memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah meningkatkan keselamatan jalan raya di seluruh Britain. Kini, Prince Michael International Road Safety Awards mengiktiraf pencapaian dan inovasi yang luar biasa di seluruh dunia setiap tahun di mana inisiatif keselamatan jalan raya yang paling cemerlang diberikan pengiktirafan.

Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disaksikan oleh lebih daripada 350 pakar keselamatan jalan raya antarabangsa, ahli profesional dan lain-lain.

Di antara penerima anugerah utama Prince Michael Award sejak beberapa tahun lalu termasuklah Institut Pendidikan Lalu Lintas Jalan Raya (India), Program Penilaian Kereta Baru Global (Global NCAP), Yayasan Keselamatan Jalan Raya (UK), Royal Dutch Shell, Volvo, Schlumberger dan Kumpulan Nestle.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…