Tambah beliau lagi, "kami memahami, ramai daripada kita harus berkorban dan melepaskan keperluan asasyang pernah dinikmati sebelum pandemik. Sebagai sebuah organisasi, kami mempunyai tanggungjawab untuk membantu mereka di dalam jajaran lebuh raya ketika tempoh yang sukar ini.
Aktiviti ibadah korban tahunan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kali ini menyentuh sanubari serta membawa kegembiraan kepada 1,170 keluarga.
Mendukung semangat Rakan Negara, PLUS sentiasa mencari inisiatif untuk terus membantu komuniti di sepanjang 1,130km rangkaian lebuh rayanya terutama sekali di musim perayaan.
Harapan syarikat adalah mencari keberkatan dengan menceriakan masyarakat yang terkesan akibat pandemik saat ini.
PLUS dalam perancangannya sentiasa melibatkan komuniti sepanjang jajaran lebuhraya kendaliannya terutamanya golongan B40 dengan sasaran untuk meningkatkan kualiti hidup mereka, melalui sokongan kewangan, serta program-program pendidikan dan keusahawanan di dalam komuniti.