PLUS sahkan kakitangan dijangkiti COVID-19, plaza tol Sedenak ditutup sementara waktu

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan bahawa seorang kakitangannya di Plaza Tol Sedenak di Johor telah disahkan positif jangkitan Covid-19 pada 1 Disember 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kakitangan tersebut, seorang Pembantu Khidmat Pelanggan, pada ketika ini sedang dirawat 
di sebuah hospital. PLUS juga telah menjalankan pengesanan kontak dan mengarahkan 
semua kakitangan operasi dan penyelenggaraan di plaza tol terbabit supaya mengadakan 
pemeriksaan dan saringan kesihatan.

Pada masa yang sama, PLUS memberi jaminan bahawa kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan akan diadakan di plaza tol yang terbabit.

Sehubungan dengan itu, Plaza Tol  Sedenak akan ditutup sementara mulai jam 12:00 tengahari pada 2 Disember (Rabu) untuk kerja-kerja sanitasi dan pembersihan selama 6 jam.

Oleh itu, orang ramai dari Sedenak dan kawasan sekitar yang ingin menuju ke Kuala Lumpur 
atau Johor Bahru boleh memasuki lebuh raya PLUS menerusi Plaza Tol Simpang Renggam
atau Kulai sepanjang tempoh penutupan tersebut.

Sementara itu, bagi pelanggan dari Kuala Lumpur yang menghala ke Sedenak dinasihatkan 
supaya keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Simpang Renggam, manakala bagi 
pelanggan dari Johor Bahru yang menghala ke Sedenak dinasihatkan supaya keluar dari 
lebuh raya menerusi Plaza Tol Kulai. 

PLUS akan memaklumkan sebarang perubahan dari masa ke masa.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…