PLUS saran pengguna masuk lebuh raya sebelum jam 9 pagi (4-6 Februari)

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad menasihatkan pelanggan yang ingin kembali ke Lembah Klang pada tarikh 4 hingga 6 Februari ini supaya mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mengelakkan kesesakan, pengguna adalah disarankan untuk memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi.

PLUS menjangkakan kenaikan jumlah trafik bersempena dengan cuti perayaan Tahun Baru China pada Sabtu (5 Februari) dan Ahad (6 Februari), berikutan orang ramai yang mengambil cuti tambahan.
 

balik kampung


Untuk memastikan pelanggan menikmati perjalanan pulang yang lebih selesa, PLUS mengerahkan pasukan PLUSRonda tambahan, selain bekerjasama dengan PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di sepanjang lebuh raya.

Terdapat juga petugas RELA disediakan di plaza tol serta kawasan rehat dan rawat.

Pengguna juga disarankan untuk menyemak maklumat trafik menerusi laman media sosial PLUS (Facebook, Twitter, Instagram), serta memastikan baki kad TnG atau eWallet TnG (untuk tag RFID) sentiasa mencukupi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…