PLUS sedia 221 pasukan peronda sempena Krismas, Tahun Baharu

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Senai-Desaru Expressway (E22) menyediakan seramai 221 pasukan rondaan di Lebuh raya Utara-Selatan dan E22 sebagai persediaan menghadapi Krismas dan Tahun Baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, berkata pasukan itu terdiri daripada 548 pegawai PLUSRonda dan Pasukan Keselamatan E22, akan melakukan rondaan secara berterusan di kedua-dua lebuh raya.

 

"Kehadiran mereka adalah untuk menjaga perjalanan orang ramai yang akan bercuti menyambut Krismas dan Tahun Baharu serta memberikan bantuan kepada pelanggan pada bila-bila masa.

 

"Lebuhraya Utara-Selatan dan E22 menyediakan perjalanan lebih pantas dan lebih selesa ke Desaru menerusi Persimpangan Senai Utara yang mengambil masa kurang daripada 1 jam," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

 

Beliau berkata di E22, pengguna lebuh raya memerlukan masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke Persimpangan Bandar Penawar dengan jarak perjalanan 70 kilometer.

 

Azman berkata pengguna terbabit boleh meneruskan perjalanan ke Desaru melalui Jalan Persekutuan FT92 dengan jarak kira-kira 10 kilometer menerusi E22 dari Persimpangan Senai Utara PLUS.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB), Jamal Abd Nasir Taharim berkata, kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang disediakan di kedua-dua lebuh raya dapat membantu pengguna menikmati perjalanan selesa.

 

"R&R PLUS yang berada di Seremban, Ayer Keroh, Pagoh dan Machap serta R&R E22 di R&R Layang menyediakan pelbagai jenis kemudahan untuk kegunaan pengguna lebuh raya," menurutnya dalam kenyataan sama.

 

PLUS dan E22 juga menasihati orang ramai yang melakukan perjalanan untuk bercuti hujung tahun ini supaya sentiasa mematuhi semua peraturan jalan raya yang ditetapkan serta menyediakan kemudahan pembayaran seperti Touch 'n Go dan e-Dompet dengan jumlah wang yang mencukupi.

 

 

 

BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…