PLUS tawar diskaun 20 peratus sempena Deepavali

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad menawarkan diskaun 20 peratus kepada semua pengguna kenderaan persendirian (Kelas 1) bermula 12.00 tengah malam Ahad ini, 27 Oktober.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01


Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, pelanggan lebuhraya akan menikmati diskaun tol 20 peratus berkuatkuasa selama 24 jam. 

Diskaun ini akan diberikan kepada pelanggan yang menggunakan lebuhraya berikut:

  • Lebuhraya Utara Selatan
  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
  • Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  • Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
  • Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
  • Jambatan Pulau Pinang

Diskaun tersebut walaubagaimanapun tidak diberikan untuk transaksi di Plaza Tol Tanjung Kupang (Linkedua), serta Jambatan Pulau Pinang yang kini sedang menikmati diskaun 20 peratus sedia ada. 

Selain daripada itu, PLUS juga menerbitkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sempena Deepavali yang boleh dirujuk pada gambar di bawah. 
 


Jadual TTA juga boleh didapati menerusi aplikasi PLUS Mobile App, atau laman web PLUS di www.plus.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Malah, pasukan yang terdiri daripada 574 anggota itu komited dalam memastikan keselamatan dan…
Berita Domestik
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail menerima anugerah tersebut daripada Putera Michael, Kent…
Berita Domestik
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11:30 pagi tadi, sebuah lori kelas 2 dengan muatan bahan…